Sunday 12 February 2012

start all over again

bad: mood
what makes you beautiful by one direction: music

hi and assalamualaikum semuanya,

*saya dah delete semua post sebab saya nak start again. nak kasi bersih sama ini blog and start chapter yang baru untuk blog ni.*

hari ni merupakan hari yang agak stressful walaupun cuma ada 1 kelas je untuk hari ni. tu pun tak sampai dua jam. kelas computer organization and lecturer kami is en. ariff. sekarang ni saya tengah duduk dalam bilik sorang2 sebab roommate semuanya ada kelas lagi. lepas lunch which consist of maggi kari, saya nak terus siapkan kerja programming yang puan yuslina bagi tadi. dia tak ada untuk minggu ni so dia bagi assignment suruh kitorang siapkan and hantar pada hari jumaat (17/2). tapi disebabkan saya balik hari jumaat dalam pukul 9:15 macam tu jadi kena siapkan awal sikit. :/ 

minggu lepas memang sangat2 la memenatkan. memang terlalu busy dengan assignment dan aktiviti2 kelab teater. sekarang ni kelab teater kitorang sibuk berlatih dan merancang untuk satu persembahan. insyaAllah kalau tak ada aral melintang, bulan 3 nanti kitorang akan perform. nak tahu apa persembahannya? kena la tunggu bulan 3 nanti. heuheuheu. ^-^v

sejak kebelakangan ni, saya asyik terasa macam nak pindah je dari poli perlis ni. tapi bila fikir2 balik, rasa macam tak jadi pulak sebab nanti mesti saya akan rindukan kawan2. mungkin disebabkan ada perkara2 yang buatkan saya rasa sedih dan terasa hati yang buatkan saya rasa nak pindah. tapi saya tahu, kalau betul saya pindah pun, masalah tetap akan mengekori hidup saya di belakang, regardless of where i am. saya tak nafikan memang saya agak terasa hati dengan apa yang hamba2 Allah ni katakan pada saya tapi saya cuba untuk lupakan semua tu dan sentiasa fikir, apabila kita lemah, ingatlah bahawa Allah S.W.T sentiasa ada di sisi kita. semoga Allah memberikan kekuatan kepada saya untuk menghadapi dugaan-Nya. amin...

kbye and assalamualaikum!